Persepsi terhadap kredibiliti maklumat politik di internet dalam kalangan generasi muda / Mohd Sazili Shahibi ... [et al.]
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2004 adalah satu kejutan besar kepada ramai orang, terutama kepada parti pemerintah utama, Barisan Nasional (BN). Teknologi Internet pertamad kali digunakan secara meluas oleh parti-parti politik untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi dengan tu...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12581/ http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12581/1/AJ_MOHD%20SAZILI%20SHAHIBI%20IMP%2013.pdf |
Summary: | Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) tahun 2004 adalah satu kejutan besar kepada
ramai orang, terutama kepada parti pemerintah utama, Barisan Nasional (BN). Teknologi
Internet pertamad kali digunakan secara meluas oleh parti-parti politik untuk menyampaikan
maklumat kepada pengundi dengan tujuan melakukan serangan politik di antara satu sama lain
untuk mendapatkan sokongan. Pengaruh maklumat politik di Internet melalui blog dan aplikasi
lain di internet menjadi antara faktor-faktor yang telah mempengaruhi persepsi pengundi
terutamanya pengundi golongan generasi muda. Kajian ini tertumpu kepada persepsi mengenai
kredibiliti maklumat politik dari internet di kalangan generasi muda melayu (pelajar UiTM).
Kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi dengan cara mengedarkan borang soal
selidik menggunakan teknik persampelan mudah. Sampel seramai 509 orang pelajar terlibat
dalam kajian ini. Ujian khi-square kebebasan telah digunakan untuk mengkaji hubungan antara
pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat politik dan persepsi pelajar
terhadap kebolehpercayaan, keadilan, ketepatan, kepentingan dan kedalaman maklumat politik
di internet. Analis Regresi linear berganda telah digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik di internet. Kajian
ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang melayari internet berminat dengan maklumat
politik tetapi bergantung kepada thap kebolehpercayaan, keadilan dan ketepatan maklumat
politik di internet. Penyebaran dan sumber maklumat politik secara signifikan mempengaruhi
persepsi pelajar terhadap kredibiliti maklumat politik dari Internet. |
---|