Program pengajian Islam sepanjang hayat di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia (IPT) : kajian perlaksanaan di Universiti Malaya (UM) dan Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang / Nurhidayah Muhd Hashim and Siti Khadijah Abd Manan

Dewasa ini penekanan yang serius telah diberikan kepada pengajian berterusan (lifelong learning) oleh pihak Kerajaan sebagai usaha untuk membina sebuah mesyarakat yang maju dan membangun terutamanya dalam era globalisasi. Penubuhan Universiti Multimedia dan Universiti Terbuka merupakan bukti us...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Hashim, Nurhidayah, Abd Manan, Siti Khadijah
Format: Article
Language:English
Published: UPENA 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11542/
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11542/1/AJ_NURHIDAYAH%20MUHD%20HASHIM%20CITU%2006.pdf
Description
Summary:Dewasa ini penekanan yang serius telah diberikan kepada pengajian berterusan (lifelong learning) oleh pihak Kerajaan sebagai usaha untuk membina sebuah mesyarakat yang maju dan membangun terutamanya dalam era globalisasi. Penubuhan Universiti Multimedia dan Universiti Terbuka merupakan bukti usaha serius pihak kerajaan untuk menjadikan pengajian berterusan sebagai satu daripada agenda nasional. Bagaimanapun penekanan lebih ditumpukan kepada bidang profesional dan bersifat komersial manakala bidang pengajian Islam tidak begitu diketengahkan. Hanya terdapat beberapa IPT yang menawarkan pengajian Islam berterusan seperti di UKM, UM, UIA, Kolej Swasta seperti Kolej Dar al-Hikmah dan Iain-lain. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai perlaksanaan pengajian Islam berterusan yang dijalankan di Universiti Malaya dan Kolej Dar al-Hikmah. Persoalan yang berkaitan seperti apakah faktor-faktor pendorong yang menyebabkan seseorang mengikuti pengajian ini, faedah yang diperolehi dan juga pandangan terhadap keperluan penawaran kursus-kursus pengajian Islam yang baru akan dikaji dan dikupas berdasarkan dapatan hasil kajian soal selidik yang dilakukan ke atas dengan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian tersebut.