Hak wanita dalam Islam: cabaran-cabaran pemodenan

PENGENALAN: Perbincangan tentang hak-hak wanita dalam Islam sentiasa mendapat kritikan bukan hanya oleh masyarakat barat tetapi juga oleh aktivis wanita Islam yang menerajui pemikiran liberal. Tidak kurang juga ia datang daripada wanita Islam yang ditindas disebabkan amalan budaya yang dilihat be...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zin, Najibah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/23503/
http://irep.iium.edu.my/23503/
http://irep.iium.edu.my/23503/1/Hak_wanita_dalam_Islam-_cabaran.pdf
Description
Summary:PENGENALAN: Perbincangan tentang hak-hak wanita dalam Islam sentiasa mendapat kritikan bukan hanya oleh masyarakat barat tetapi juga oleh aktivis wanita Islam yang menerajui pemikiran liberal. Tidak kurang juga ia datang daripada wanita Islam yang ditindas disebabkan amalan budaya yang dilihat bersifat berat sebelah terhadap wanita dan sistem perundangan yang tidak praktikal sehingga interpretasi undang-undang yang dipakai memberikan impak negatif terhadap wanita. Persepsi ini juga dipengaruhi oleh penulisan-penulisan orientalis barat yang mentafsirkan kedudukan wanita Islam melalui kaca mata amalan budaya yang menyebabkan agama Islam dianggap sebagai agama yang menindas kaum wanita. Kekeliruan ini ditambah pula oleh deklarasi antarabangsa seperti CEDAW yang dilihat mengutamakan konsep kesamaan gender dan menjadikan undang-undang Islam sebagai halangan utama bagi pelaksanaan intipati deklarasi tersebut. Pada masa yang sama, kebanyakan adat yang diamalkan oleh orang Islam, lebih-lebih lagi di negara-negara Islam sering kali menunjukkan layanan yang buruk terhadap wanita. Oleh itu, penulisan ini akan melihat dengan lebih mendalam tentang hak-hak asasi wanita berdasarkan bukti yang menunjukkan bahawa undang-undang Islam mempunyai rangkuman undang-undang sangat lengkap dan menyeluruh untuk mcngatur hal-ehwal kaum wanita dan meninggikan martabat mereka dalam dalam masyarakat. Kajian ini juga melibatkan analisis semasa terhadap prinsip-prinsip sedia ada bagi menentukan kesesuaiannya dalam era moden ini. Rujukan turut dibuat terhadap undang-undang antarabangsa bagi mengukuhkan lagi hujah dan membuat perbandingan kesesuaian undang-undang antarabangsa tersebut dengan kedudukan wanita dalam Islam.