Persepsi Pelajar Terhadap Hasil Pembelajaran Bidang Kejuruteraan

Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan elemen penting dalam hasil pembelajaran dari segi persepsi pelajar yang terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor pengajian tinggi (IPT) khususnya universiti. Kajian ini melibatkan 500 orang responden dari lima buah IPT...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainol, Mustafa, Wong, Wai Ling, M. R., Abdul Hamid
Format: Article
Language:English
English
Published: Universiti Teknologi Malaysia 2013
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7722/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7722/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7722/1/Persepsi_Pelajar_Terhadap_Hasil_Pembelajaran_Bidang_Kejuruteraan.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/7722/3/Persepsi_Pelajar_Terhadap_Hasil_Pembelajaran_Bidang_Kejuruteraan1.pdf
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menentusahkan elemen penting dalam hasil pembelajaran dari segi persepsi pelajar yang terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor pengajian tinggi (IPT) khususnya universiti. Kajian ini melibatkan 500 orang responden dari lima buah IPT terpilih di Malaysia. Instrumen soal selidik berskala Likert 7 markat digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Secara keseluruhannya, soal selidik mencapai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alfa Cronbach 0.967. Data yang diperoleh diproses melalui analisis faktor penerokaan (EFA) untuk melihat struktur faktor-faktor hasil pembelajaran. Tambahan itu, analisis faktor pengesahan (CFA) juga dilakukan bagi menentusahkan konstruk yang terumpuk. Kesimpulannya, hasil kajian daripada dua analisis berkenaan dapat mengenal pasti dan mengesahkan dua elemen penting dalam hasil pembelajaran bidang kejuruteraan dari segi (i) persepsi dalam pengetahuan bidang teknikal dan (ii) persepsi dalam pengetahuan bidang umum.