Sunnah Allah Berkaitan Jatuh Dan Bangun Tamadun Manusia Menurut Al Quran Dan Hubungannya Dengan Proses Pendidikan Akhlak: Suatu Kajian
Kajian ini cuba mengupas nas-nas al Quran berkaitan sunnah Allah terhadap jatuh dan bangun tamadun dari sudut hubungannya dengan proses pembinaan akhlak manusia. Ini adalah disebabkan penelitian terhadap nas-nas ini memperlihatkan bahawa selain daripada ia memfokuskan kepada persoalan aqidah, ia jug...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5634/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5634/1/sunnah-pbmsk-mansor.pdf |
Summary: | Kajian ini cuba mengupas nas-nas al Quran berkaitan sunnah Allah terhadap jatuh dan bangun tamadun dari sudut hubungannya dengan proses pembinaan akhlak manusia. Ini adalah disebabkan penelitian terhadap nas-nas ini memperlihatkan bahawa selain daripada ia memfokuskan kepada persoalan aqidah, ia juga mempunyai fokus yang besar berhubung persoalan akhlak. Oleh itu, kajian ini cuba untuk melihat dengan lebih mendalam lagi berkenaan aspek akhlak ini iaitu dalam aspek kedudukannya sebagai panduan kepada proses pembinaan akhlak manusia yang sepatutnya. Iaitu pembinaan akhlak yang menjurus ke arah pembentukan manusia yang mampu memberi sumbangan kepada pencapaian peringkat pembinaan tamadun sepertimana acuan Allah atau dalam istilah yang dikemukakan al Quran seperti al tamkin, warathat al ard, al istikhlaf dan sebagainya. Seterusnya kajian ini juga cuba untuk mengenengahkan dapatan ini dalam bentuk cadangan-cadangan yang boleh diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam formal dan tidak formal di Malaysia pada hari ini. Bagi mencapai objektif di atas, kajian ini akan menggunakan kaedah qualitative iaitu hasil-hasil yang diperolehi hanya bersandarkan kepada kaedah kajian perpustakaan melalui sumber-sumber seperti al Quran, tafsir al Quran, tulisan-tulisan berkaitan sunnah jatuh dan bangun tamadun, pendidikan akhlak dan sebagainya. Akhirnya, diharapkan kajian ini dapat memberikan sumbangan kepada memantapkan lagi pendidikan Islam di Malaysia pada hari ini seterusnya melahirkan manusia pembina tamadun mengikut acuan al Quran. |
---|