Pengaruh Khilafah Othmaniyyah Turki Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor Bagi Memartabatkan Sebuah Negara Islam Merdeka Di Asia Tenggara

Kegemilangan kesultanan Johor banyak dipengaruhi oleh hubungannya dengan Khilafah Othmaniyyah. Ia diperintah oleh pemerintah-pemerintah dari Kesultanan Melaka sehingga tahun 1699 Masihi iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga “Sultan Mangkat Dijulang.” Mengikut Hikayat Johor ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Jalil, Borham
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3355/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3355/1/JOHOR_TURKI.pdf
Description
Summary:Kegemilangan kesultanan Johor banyak dipengaruhi oleh hubungannya dengan Khilafah Othmaniyyah. Ia diperintah oleh pemerintah-pemerintah dari Kesultanan Melaka sehingga tahun 1699 Masihi iaitu dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah yang digelar juga “Sultan Mangkat Dijulang.” Mengikut Hikayat Johor karangan Mohd Said Haji Sulaiman, selepas kemangkatan Sultan Mahmud maka putuslah nasab Sultan Johor. Selepas kemangkatannya, kerajaan Johor diperintah oleh golongan Bendahara dengan dilantik putera Tun Habib Dato’ Bendahara Sri Maharaja Padang Saujana Johor sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil (Mohd Said Haji Sulaiman: 1940). Walau bagaimanapun mengikut Salasilah Melayu dan Bugis, keturunan Raja dan Bendahara Johor adalah berasal dari satu keturunan (Mohd Yusuf Md Nor: 1984). Daripada keturunan Bendahara Sri Maharaja inilah negeri-negeri Melayu telah berpecah kepada beberapa buah negeri dengan diperintah oleh Sultan Johor, Sultan Pahang, Sultan Lingga-Riau, Sultan Selangor dan Sultan Perak