'Kena Sihir' Sebagai Satu Pembelaan Dalam Kes Perceraian: Analisa Dari Sudut Hukum Syara' dan Pengaplikasiannya Di Mahkamah Syariah Di Malaysia

Wujud dakwaan adanya penggunaan ilmu sihir bagi memporak-perandakan hubungan antara suami dan isteri. Isu ini pernah dibangkitkan dalam beberapa kes perkahwinan dan perceraian di Mahkamah Syariah di Malaysia, namun tidak ada insiatif diambil bagi mengatasinya. Ketiadaan peruntukan undang-undang berk...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mahyuddin, Ismail
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3057/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3057/1/SIHIR_SBG_DEFENCE-WCIT_KIPERAK.pdf
Description
Summary:Wujud dakwaan adanya penggunaan ilmu sihir bagi memporak-perandakan hubungan antara suami dan isteri. Isu ini pernah dibangkitkan dalam beberapa kes perkahwinan dan perceraian di Mahkamah Syariah di Malaysia, namun tidak ada insiatif diambil bagi mengatasinya. Ketiadaan peruntukan undang-undang berkaitan amalan sihir menyukarkan para hakim untuk mempertimbang dan menilai kebenaran dakwaan tersebut. Hingga hari ini, isu tersebut tergantung tanpa penyelesaian. Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah dakwaan 'kena sihir' boleh dijadikan sebagai satu pembelaan dalam kes-kes perceraian di Mahkamah Syariah di Malaysia. Dengan merujuk beberapa kes yang relevan, kajian ini akan menganalisa pandangan Syara' berkaitan hukum perceraian akibat kena sihir; dan sejauh manakah ianya boleh diaplikasikan sebagai satu pembelaan dalam kes perceraian. Kajian ini amat penting bagi membantu institusi kehakiman untuk berlaku adil dan membela nasib pasangan yang menjadi mangsa kepada kejahatan amalan sihir.