Tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah

Kesediaan terhadap perubahan corak pentaksiran dalam bilik darjah merupakan titik tolak kepada transformasi pendidikan masa kini. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hasmadi, Hassan, Artika Rasul, Sulaiman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Fakulti Pengajian Islam, KUIPSAS 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26899/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26899/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26899/1/ahap%20kesediaan%20guru%20Pendidikan%20Islam%20dalam%20pentaksiran%20dokumen.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26899/7/Tahap%20kesediaan%20guru%20Pendidikan%20Islam%20dalam%20pentaksiran%20Dokumen%20Standard%20Kurikulum%20dan%20Pentaksiran%20Sekolah%20Rendah.pdf
Description
Summary:Kesediaan terhadap perubahan corak pentaksiran dalam bilik darjah merupakan titik tolak kepada transformasi pendidikan masa kini. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seramai 145 guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada lima kelompok iaitu Bandar (14.5 peratus), Peramu (26.9 peratus), Pantai (27.6 peratus), Paloh Hinai(13.1 peratus) dan Chini (17.9 peratus). Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan 82 orang (56.6 peratus) melebihi responden lelaki seramai 63 orang (43.4 peratus). Populasi umur responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan 40-an iaitu seramai 76 orang (52.4 peratus) dan kesemua responden adalah berbangsa melayu (100.0 peratus). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam semua aspek berada ditahap yang tinggi dengan nilai purata min 3.866 (SP=0.673).