Persepsi penjaga terhadap `SAR-KAFA’ dalam usaha membimbing pelajar menguasai kemahiran asas membaca Al-Quran di ‘SAR-KAFA' kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan

Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “Persepsi Penjaga Terhadap Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan”. Sungguhpun asas kajian adalah untuk mendapatkan rumusan terhadap persepsi penjaga, namun faktor-faktor yang dikaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hasmadi, Hassan, Abdul Halim, Taib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Fakulti Pengajian Islam, KUIPSAS 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26897/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26897/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26897/1/Persepsi%20penjaga%20terhadap%20%60SAR-KAFA%E2%80%99%20dalam%20usaha%20membimbing%20pelajar.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26897/7/PERSEPSI%20PENJAGA%20TERHADAP%20%60SAR-KAFA%E2%80%99%20DALAM%20USAHA%20MEMBIMBING%20PELAJAR%20MENGUASAI%20KEMAHIRAN%20ASAS%20MEMBACA.pdf
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “Persepsi Penjaga Terhadap Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan”. Sungguhpun asas kajian adalah untuk mendapatkan rumusan terhadap persepsi penjaga, namun faktor-faktor yang dikaji adalah juga meliputi tahap keyakinan penjaga, kesediaan serta kerjasama penjaga dan lain-lain yang berkenaan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal-selidik sebagai instrumen utama. Kajian ini melibatkan semua penjaga pelajar. Sebanyak 52 set borang soal-selidik telah disedia dan diedarkan kepada penjaga melalui pihak pengurusan `SAR-KAFA’. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 23. Darjah kebolehpercayaan (nilai alpha cronbach) bagi item soal-selidik adalah .879. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa tahap keyakinan penjaga berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.4511 sementara tahap kesediaan penjaga adalah lebih tinggi dengan purata min 4.6250. Manakala nilai min bagi persepsi penjaga pula ialah 4.3533. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji telah memberi persepsi awal serta sangat mempengaruhi penjaga terhadap pembelajaran anak ke SAR-KAFA Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang dalam usaha melahirkan generasi al- Quran. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi, tahap kesediaan, tahap keyakinan dan tahap kerjasama penjaga dengan faktor demografi keluarga pelajar. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu kajiankajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan SAR-KAFA.