Pembinaan akhlak transgender mak nyah muslim
Agama merupakan asas dalam pembinaan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama yang kukuh, pembinaan akhlak tidak akan mantap malah hanya bersifat sementara sahaja dan boleh membawa kepada akhlak yang rosak. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana perlakuan ibadah solat mempunyai kaitan dalam...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Pahang
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23115/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23115/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/23115/1/Pembinaan%20akhlak%20transgender%20mak%20nyah%20muslim.pdf |
Summary: | Agama merupakan asas dalam pembinaan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama yang kukuh, pembinaan akhlak tidak akan mantap malah hanya bersifat sementara sahaja dan boleh membawa kepada akhlak yang rosak. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana perlakuan ibadah solat mempunyai kaitan dalam proses pembinaan akhlak seseorang Transgender Mak Nyah Muslim. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa dengan perlakuan ibadah solat, seseorang transgender itu mampu mempunyai ketahanan diri dari segi mental dan fizikal serta mampu memjaga nilai dan harga diri dalam menghadapi cabaran hidup. Seperti mana yang kita ketahui kedudukan golongan transgender ini dari perspektif Islam amat jelas adalah haram. Jelasnya dengan kemunculan golongan transgender ini tidak dinafikan telah memberi impak yang negatif terhadap pembinaan sahsiah dan akhlak dalam masyarakat Islam. Fokus kajian ini juga telah membincangkan tentang hikmah perlakuan ibadah solat dapat membina akhlak dalam kalangan transgender mak nyah muslim. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui dapatan data sekunder yang melibatkan bentuk tulisan seperti al-Quran dan as- Sunnah, kitab-kitab akhlak yang muktabar, jurnal, artikel, laporan prosiding dan sebagainya. Rumusan kajian ini juga menunjukkan bahawa amalan solat berupaya membimbing akhlak dan gerak geri manusia kepada jalan yang lebih sejahtera dan terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan serta perbuatan diluar batasan agama. Dengan amalan ini secara tidak langsung menjadikan kehidupan seseorang muslim itu akan dibina melalui akhlak yang mulia. Memetik kata-kata Ibnu Khaldun menjelaskan turun naiknya sesebuah negara atau tamadun bergantung kepada sejauh mana umatnya memegang dan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang tinggi. |
---|