Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Dan Proses Pewartaan Fatwa di Negeri Pahang

Artikel ini ialah mengenai jawatankuasa fatwa yang bertanggungjawab sebagai pemutus hukum yang mutlak di Negeri Pahang, Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang atau ringkasnya sebagai JPHSNP. Objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan tentang p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Miziazam, Yahya
Format: Article
Language:English
Published: Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22959/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22959/1/miziazam%20kuipsas.pdf
Description
Summary:Artikel ini ialah mengenai jawatankuasa fatwa yang bertanggungjawab sebagai pemutus hukum yang mutlak di Negeri Pahang, Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang atau ringkasnya sebagai JPHSNP. Objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan tentang penubuhan, punca kuasa JPHSNP dan proses perwartaan sesuatu fatwa mengikut undang-undang atau enakmen di Negeri Pahang. Justeru dengan menggunakan metodologi kualitatif, kajian keperpustakaan dan pendekatan kajian kes rencana ini digarap mengikut kronologi bagaimana Jawatankuasa ini sebelum tahun 1991 lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan dianggotai oleh pakar-pakar yang terdiri daripada ulama dan profesional yang berasal dari Negeri Pahang. Di bawah naungan MUIP jawatankuasa ini diberi kuasa untuk memutuskan sebarang hukum (fatwa) yang berkaitan dengan masalah agama di Negeri Pahang. Dari sudut amalannya apabila telah diputuskan oleh jawatankuasa ini, fatwa-fatwa itu kemudianya, dibawa pula ke dalam mesyuarat penuh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang dipengerusikan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang untuk tujuan pewartaan di Negeri Pahang.