Aplikasi najis Mughallazah dalam penetapan Halal semasa di Malaysia menurut perspektif Maqasid Al-Shariah = Applications of Severe Najs in Determining the Current Halal in Malaysia According to Maqasid Al-Shariah Perspective
Para ulama berselisih pandangan terhadap penentuan hukum anjing dan babi sebagai najis mughallazah. Berdasarkan mazhab al-Shafi’i iaitu kedua-duanya adalah najis mughallazah. Namun pandangan tersebut dikritik kerana memilih kesukaran sedangkan terdapat pendapat yang lebih ringan. Justeru wujud dua g...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21545/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21545/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21545/1/APLIKASI%20NAJIS%20MUGHALLAZAH%20DALAM%20PENETAPAN%20HALAL%20SEMASA%20DI%20MALAYSIA%20MENURUT%20PERSPEKTIF%20MAQASID%20AL-SHARIAH.pdf |
Summary: | Para ulama berselisih pandangan terhadap penentuan hukum anjing dan babi sebagai najis mughallazah. Berdasarkan mazhab al-Shafi’i iaitu kedua-duanya adalah najis mughallazah. Namun pandangan tersebut dikritik kerana memilih kesukaran sedangkan terdapat pendapat yang lebih ringan. Justeru wujud dua golongan iaitu mereka yang tegas kekal dengan pemakaian najis mughallazah mengikut pendapat fiqh al-Shafi’i dan mereka yang mencadangkan penggunaan pendapat mazhab lain. Sehubungan dengan itu, penulisan ini dikemukakan untuk menilai sejauh mana kesesuaian aplikasi najis mughallazah mengikut pendapat fiqh al-Shafi’i dalam konteks semasa khususnya dalam penetapan halal di Malaysia. Penilaian dibuat berpandukan kepada pencapaian maqasid al-shari’ah iaitu pengukuran berdasarkan pencapaian matlamat syarak dalam memelihara maslahah dan penolakan terhadap mafsadah. Berdasarkan kepada penilaian, didapati dalam keadaan biasa, pemakaian najis mughallazah mengikut pendapat fiqh dalam mazhab al-Shafi’i lebih menepati maqasid al-shari’ah khususnya dalam memelihara agama dan nyawa. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesukaran, perlulah diraikan khilaf dengan menggunakan pendekatan al-taysir dan raf‘ al-haraj yang masih di dalam ruang lingkup maqasid al-shariah.
Kata Kunci: najis mughallazah, maqasid al-shariah, al-taysir dan raf‘ al-haraj
ABSTRACT
Muslim scholars differ in their opinions of the ruling of pig and dog as the severe najs (mughallazah). According to al-Shafi‘i school of thought, both animal are categorized as the mughallazah. This opinion has been contended due to its discomfort to people practice, while atthe same time there are other softer opinion to consider. Although there is a firm assertion to stick to the ruling of the al-Shafi‘i’s mughallazah, there are suggestions to comply with other steady opinions. This study attempts to evaluate the appropriateness of the application of mughallazah category based on al-Shafi‘i’s halal affairs especially in the Malaysia context. The evaluation is based on the standard of the shariah objectives (maqasid al-shariah) which emphasizes the attainment of shariah goal of seeking boon and avoiding bane (jalb al-masalih wa dar‘ al-mafasid). The evaluation found that in normal circumstances, the al-Shafi‘i’s opinion fits the al-Shariah objectives especially in preserving religion and life of the people. Nevertheless, in case of hardship, differences shoul prevail to comply with method of simplification (al-taysir) as well as removing inconvenience (raf‘al-haraj). |
---|