Modul pembangunan insan holistik (MPIH) dalam menangani cabaran global

Kertas kerja ini mencadangkan satu rangka Modul Pembangunan lnsan Holistik (MPIH) yang akan mendepani cabaran global. Ia berkait dengan konsep pembangunan insan yang mana mereka perlu dibangunkan dan dididik secara holistik dari kedua-dua aspek iaitu fazikal dan spiritual sesuai dengan fitrah kejadi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Jalil, Borham
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21271/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21271/1/Modul%20pembangunan%20insan%20holistik%20%28MPIH%29%20dalam%20menangani%20cabaran%20global.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21271/7/Modul%20pembangunan%20insan%20holistik%20%28MPIH%29%20dalam%20menangani%20cabaran%20global.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini mencadangkan satu rangka Modul Pembangunan lnsan Holistik (MPIH) yang akan mendepani cabaran global. Ia berkait dengan konsep pembangunan insan yang mana mereka perlu dibangunkan dan dididik secara holistik dari kedua-dua aspek iaitu fazikal dan spiritual sesuai dengan fitrah kejadiannya bagi melahirkan kehidupan yang diredai oleh Penciptanya iaitu Allah s.w.t. lnsan pada hari ini berlumba-lumba untuk menuju kepada kemuncak pembangunan bagi menghadapi cabaran global. Melalui perkembangan sains dan teknologi, mereka telah mengeksploitasi sepenuhnya sumber alam kurniaan Allah untuk kesenangan dan kemudahan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun satu hakikat yang sukar untuk dinafikan ialah bentuk dan corak pembangunan yang dilaksanakan oleh insan hari ini telah menimbulkan begitu banyak krisis atau masalah sama ada kepada kehidupan insan bermasyarakat atau alam sekitar fizikal. Pembangunan yang dijelmakan oleh insan hari ini, diwarnai dengan pertambahan kadar jenayah, keruntuhan institusi keluarga, pertambahan gejala keruntuhan moral di dalam masyarakat, kelahiran generasi muda yang tidak beretika, kemusnahan alam sekitar serta lain-lain masalah yang amat kronik. Melihat kepada perkembangan tersebut, satu penilaian terhadap bentuk atau corak pembangunan dan pendidikan hari ini adalah merupakan satu perkara yang begitu penting. Paradigma sesebuah masyarakat terhadap pembangunan akan menentukan apakah bentuk dan corak pembangunan dan pendidikan yang akan dilaksanakan di dalam masyarakat tersebut. Konsep pembangunan dan pendidikan yang berteraskan kepada asas dan pandangan yang tidak komprehensif akan menghasilkan natijah atau implikasi negative daripada pembangunan yang dilakukan.