Capability of Primary School Pupils in Learning and Exploring Visual Programing Language = Keupayaan murid sekolah rendah mempelajari dan menerokai bahasa pengaturcaraan visual

Artikel ini dihasilkan bagi membincangkan keupayaan murid sekolah rendah dalam menerokai bahasa pengaturcaraan visual. Bahasa pengaturcaraan visual sedang mula diperkenalkan di dalam kurikulum Tahun Enam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Satu kajian berkaitan melibatkan pengumpulan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azniah, Ismail, Maizatul Hayati, Mohamad Yatim, Noor Azida, Sahabudin, Nor Zuhaidah, Mohamed Zain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UPSI 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21190/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21190/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21190/1/Keupayaan%20murid%20sekolah%20rendah%20mempelajari%20dan%20menerokai%20bahasa%20pengaturcaraan%20visual.pdf
Description
Summary:Artikel ini dihasilkan bagi membincangkan keupayaan murid sekolah rendah dalam menerokai bahasa pengaturcaraan visual. Bahasa pengaturcaraan visual sedang mula diperkenalkan di dalam kurikulum Tahun Enam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Satu kajian berkaitan melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan proses pemerhatian ke atas subjek yang terdiri daripada sekumpulan 27 murid sekolah rendah berusia tujuh hingga dua belas tahun daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai sekolah di sekitar Daerah Mualim. Di dalam kajian ini, muridmurid terlibat perlu mengikuti satu bengkel mengenai pengaturcaraan visual. Antara aktiviti terlibat adalah: (i) sesi pengenalan dan tutorial terbimbing oleh ketua bengkel dan dibantu oleh beberapa fasilitator (jika diperlukan), (ii) sesi latihan tutorial kendiri, juga dibantu oleh fasilitator (jika diperlukan), dan (iii) sesi penerokaan kendiri. Hasil kajian mendapati murid-murid seawal umur tujuh tahun boleh mengikuti pembelajaran dengan dibantu rapat oleh fasilitator. Sebahagian besar murid-murid berumur sepuluh tahun dan kesemua murid berumur sebelas tahun dan ke atas boleh mengikuti pembelajaran tanpa bantuan penuh daripada fasilitator serta boleh melaksanakan arahan tutorial kendiri dengan baik. Hanya sebahagian sahaja daripada kumpulan murid berkenaan yang mahu meneroka lebih lanjut. Kajian mendapati reka bentuk bahasa pengaturcaraan itu sendiri sangat mempengaruhi keupayaan murid untuk mempelajarinya dengan baik. Diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai satu permulaan atau rujukan para pengkaji, guru dan ibu bapa.