Pengurusan dana masjid dan surau berpandukan pencapaian maqasid syariah
Mempunyai kewangan yang kukuh dan membelanjakannya pada perkara yang sepatutnya mengikut keutamaan adalah antara resipi kejayaan sesebuah institusi termasuklah masjid dan surau. Di Malaysia, kebiasaannya pendapatan masjid dan surau di jana melalui sumbangan pihak berkuasa, sumbangan badan-badan korp...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21007/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21007/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/21007/1/14.%20Pengurusan%20dana%20masjid%20dan%20surau%20berpandukan%20pencapaian%20maqasid%20syariah.pdf |
Summary: | Mempunyai kewangan yang kukuh dan membelanjakannya pada perkara yang sepatutnya mengikut keutamaan adalah antara resipi kejayaan sesebuah institusi termasuklah masjid dan surau. Di Malaysia, kebiasaannya pendapatan masjid dan surau di jana melalui sumbangan pihak berkuasa, sumbangan badan-badan korporat dan orang ramai. Ada masjid-masjid yang mempunyai dana yang mencukupi, ada yang berlebihan dan ada juga yang sebaliknya. Satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh pelbagai pihak khususnya pihak berkuasa agama, pengurusan masjid dan surau ialah bagaimana dana ini dapat diuruskan dengan baik dan berkesan sesuai dengan peranannya di tengah-tengah masyarakat sehingga dapat memenuhi peranannya sebagai sebuah pusat kemasyarakatan seperti di zaman Rasulullah s.a.w.. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemukakan untuk mencadangkan beberapa panduan pengurusan perbelanjaan dana masjid dan surau berpandukan kepada ukuran pencapaian maqasid syariah. Maqasid syariah ialah satu kaedah pengukuran berpandukan kepada pencapaian matlamat dan keutamaan bagi mendatangkan kebaikan (maslahah) dan menolak pelbagai kemudaratan (mafsadah). Tulisan ini akan mengemukakan panduan keutamaan dalam pengurusan perbelanjaan dana masjid berpandukan kepada pelbagai kaedah pengukuran maslahah dan mafsadah bagi mencapai maqasid syariah. |
---|