Alih dan campur kod dalam kalangan pelajar kejuruteraan di sebuah universiti awam

Makalah ini membincangkan fenomena peralihan dan percampuran kod atau bahasa yang berlaku dalam komunikasi pelajar sebuah universiti awam di Pantai Timur. Keadaan ini berlaku apabila wujud kod atau bahasa lain yang menyelinap masuk ke dalam struktur ayat bahasa utama yang digunakan dalam proses komu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Syahrina, Ahmad, Jamilah Bebe, Mohamad, Jamal Rizal, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19477/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19477/1/Abstrak%20Alih%20dan%20Campur%20Kod%20dalam%20Kalangan%20Pelajar%20Kejuruteraan%20di%20sebuah%20Universiti%20Awam%20-%20Submitted%20ICTLL2017.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan fenomena peralihan dan percampuran kod atau bahasa yang berlaku dalam komunikasi pelajar sebuah universiti awam di Pantai Timur. Keadaan ini berlaku apabila wujud kod atau bahasa lain yang menyelinap masuk ke dalam struktur ayat bahasa utama yang digunakan dalam proses komunikasi mereka. Kewujudannya boleh dikesan dalam bentuk kata, frasa, klausa mahupun ayat lengkap yang digunakan oleh penutur. Data kajian ini dikutip daripada rakaman percakapan lisan pelajar secara spontan semasa sesi PdP dan juga dalam keadaan santai. Bagi menganalisisnya, model etnografi komunikasi (Dell Hymes, 1974) yang memperlihatkan pertalian antara faktor non-linguistik dengan linguistik telah digunakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa amalan alih dan campur kod ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor non-linguistik yang wujud di sekeliling proses komunikasi. Faktor-faktor seperti penguasaan bahasa kedua atau ketiga, penggunaan istilah khusus (jargon), kemahiran bahasa penutur dan pendengar, usaha untuk menjelaskan dan memahami bahan pengajaran serta ingin dilihat lebih bijak turut menjadi pendorong penutur mengamalkan alih dan campur kod.