Konsep Halal dan Al-Istibra’ Pangasius Sutchii Menurut Perspektif Islam dan Sains Akuakultur

Khinzir dan derivatifnya di kategorikan sebagai najis (kotoran) dalam Islam dan umat Islam dilarang daripada memakan produk daripadanya. Haiwan yang memakan najis dikategorikan sebagai al-jallalah ( haiwan yang tercemar). Haiwan ini perlu di kuarantin terlebih dahulu sebelum dimakan kerana semasa te...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Nor Hidayati, Tengku Zainal Abidin, Hasan, Ahmad, Ab. Rahim, Mohd-Hairul
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17825/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/17825/1/pbmsk-2016-hasan-Konsep%20halal%20dan%20al-istibra.pdf
Description
Summary:Khinzir dan derivatifnya di kategorikan sebagai najis (kotoran) dalam Islam dan umat Islam dilarang daripada memakan produk daripadanya. Haiwan yang memakan najis dikategorikan sebagai al-jallalah ( haiwan yang tercemar). Haiwan ini perlu di kuarantin terlebih dahulu sebelum dimakan kerana semasa tempoh pengkuarantinan yang tertentu haiwan akan mengalami proses penyucian semulajadi atau istibra’. Ikan patin yang menjadi kegemaran penduduk di Malaysia berkemungkinan diberi makan najis. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti kehadiran DNA khinzir daripada air tangki, perut, kulit dan isi ikan menggunakan masa nyata tindak balas polimerisasi berantai bagi ikan patin (pangasius sutchii) yang diberi makan khinzir. Kajian ini menggunakan Sodium Dodecyl Sulphate (SDS) untuk mengurangkan masa pencernaan dan meningkatkan kualiti DNA yang diekstrak. Kajian terhadap 5 bahagian yang berbeza mendapati perut ikan patin dan kawalan adalah positif terhadap kehadiran khinzir manakala air tangki, kulit dan isi ikan adalah negatif. Perut ikan di dapati telah suci daripada khinzir dalam tempoh 24 jam pengkuarantinan ikan di dalam air bersih.