Amalan Sosiobudaya Di Dalam Novel Terjemahan Terpilih Harry Potter: Analisis Wacana Kritis

Makalah ini akan membincangkan aspek amalan sosiobudaya yang terdapat di dalam tiga novel terjemahan terpilih Harry Potter. Amalan sosiobudaya merujuk kepada perbuatan, tingkah laku, amalan dan gaya hidup yang mempengaruhi sesuatu masyarakat. Konsep sosiobudaya ini sering menaungi dan diamalkan oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamilah Bebe, Mohamad
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15074/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15074/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/15074/1/P067%20pg490-504.pdf
Description
Summary:Makalah ini akan membincangkan aspek amalan sosiobudaya yang terdapat di dalam tiga novel terjemahan terpilih Harry Potter. Amalan sosiobudaya merujuk kepada perbuatan, tingkah laku, amalan dan gaya hidup yang mempengaruhi sesuatu masyarakat. Konsep sosiobudaya ini sering menaungi dan diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat penduduk dunia. Dalam kertas kerja ini amalan sosiobudaya yang dibincangkan berfokus kepada aspek ideologi, politik dan ekonomi. Perbincangan dalam kertas kerja ini akan memanfaatkan gagasan teori yang diperkenalkan oleh Fairclough (1995) iaitu Konsepsi Analisis-Tiga Dimensi Wacana. Data kajian ini ialah pelbagai petikan contoh daripada sumber primer. Sumber primer data bagi kajian ini ialah teks di dalam tiga novel terjemahan Harry Potter karya J. K. Rowling yang dipilih. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya akan memaparkan contoh data yang terpilih kerana pemilihan contoh data adalah bersifat mewakili. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat amalan sosiobudaya seperti yang disarankan oleh Fairclough (1995) yang diamalkan oleh masyarakat dalam novel ini. Namun demikian, sesuai dengan penghasilan novel ini yang berlatar belakang masyarakat ahli sihir maka amalan sosiobudaya yang dipaparkan dalam novel ini menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan amalan sosiobudaya masyarakat biasa dan masyarakat ahli sihir.