Eufemisme Leksikal Dan Metafora Kematian Dalam Dialek Melayu Kedah
Makalah ini membincangkan tabu dan eufemisme dalam salah satu subdialek dalam dialek Melayu Kedah, persamaan, serta perbezaannya berbanding dengan bahasa Melayu standard. Tabu ialah kod bahasa (perkataan, frasa, ayat, dan lain-lain) yang ditegah, dilarang, atau diharamkan untuk diperkatakan pada ma...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Journal of Education and Social Science (JESOC)
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14754/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14754/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14754/1/pbmsk-2016-noriah-Eufemisme%20Leksikal%20Dan%20Metafora%20Kematian1.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14754/7/pbmsk-2016-noriah-Eufemisme%20Leksikal%20Dan%20Metafora%20Kematian.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan tabu dan eufemisme dalam salah satu subdialek dalam dialek Melayu Kedah, persamaan, serta
perbezaannya berbanding dengan bahasa Melayu standard. Tabu ialah kod bahasa (perkataan, frasa, ayat, dan lain-lain) yang ditegah, dilarang, atau diharamkan untuk diperkatakan pada masa atau tempat tertentu. Untuk mengelakkan penggunaan kod bahasa yang tabu ini maka eufemisme digunakan. Eufemisme ialah kod bahasa yang dianggap lebih baik, lembut, sederhana, sopan, tertib, dan menyenangkan bagi memperkatakan perkara yang dianggap tabu. Dalam kertas kerja ini, eufemisme yang dibincangkan berfokus kepada penggantian leksikal dan metafora (frasa) waimma eufemisme juga boleh muncul dalam bentuk ungkapan yang lebih panjang (ayat). Penggantian leksikal merujuk kepada penggantian kata dalam bentuk sinonim atau separa sinonim manakala metafora pula ialah pemakaian kata untuk menyatakan makna lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan berkenaan menerusi perbandingan. Perbandingan eufemisme dalam kertas kerja ini memanfaatkan sebahagian gagasan idea pengelasan eufemisme oleh Saville-Troike (2003) dan dalam hal ini perbincangan berkisar sekitar eufemisme unsur kematian. Data dalam kertas kerja ini dipungut menerusi pemerhatian dan wawancara terhadap informan terpilih yang dilaksanakan di salah sebuah kampung di Kedah, iaitu Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang, Sungai
Petani, Kedah. Data yang dirakamkan ditranskripsikan dan dipaparkan dalam bentuk ejaan biasa. Perbincangan menunjukkan bahawa eufemisme sebagaimana saranan Saville-Troike (2003) memang wujud dalam dialek Melayu Kedah untuk
memperkatakan sesuatu perkara dengan cara yang lebih sopan. Namun demikian, sesuai dengan sifat dialek Melayu Kedah
yang digunakan dalam kebanyakan situasi tidak formal, eufemisme dalam dialek ini menunjukkan persamaan dan perbezaan dengan bahasa Melayu standard. |
---|