Analisis Tematik Kalimah Al-Hilāl Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah
Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ru’yah hilāl dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah ḥisāb pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan in...
Main Author: | |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14706/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14706/1/ANALISIS%20AL-HILAL%20DALAM%20AL-KUTUB%20AL-SITTAH.pdf |
Summary: | Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ru’yah hilāl dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah ḥisāb pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan ini, ironinya, bukan baru bermula sejak daripada zaman kemajuan ilmu falak dan astronomi moden, tetapi telah berlaku sejak zaman penulisan kitab fiqh awal dan sharah ḥadīth yang muktabar (Mukarram:nd). Berlatarbelakangkan realiti ini, timbul persoalan bagaimana wujudnya perselisihan tersebut yang masih belum lagi disepakati oleh pengamal falak zaman moden. Bagi menjawab persoalan ini, kertas kajian ini meletakkan objektif bagi meneliti ḥadīth-ḥadīth yang mengandungi kalimah al-hilāl di dalam al-Kutub al-Sittah, serta membangunkan analisis tematik daripada hadith- hadith berkenaan. Seterusnya, kajian akan turut memfokuskan kepada aplikasi pembangunan tema tersebut ke dalam pengurusan taqwim hijriy. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan kalimah al-hilāl di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema ḥadīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Secara umumnya, kajian mendapati bahawa usaha menguruskan sistem taqwim hijriy yang boleh diterima umum, boleh dirancakkan lagi dengan memahami usul perselisihan di dalam ḥadīth mengenai al-hilāl. |
---|