Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia
Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mes ti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pemba...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Pahang
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/1/pbmsk-2009-hasnah-Kesan%20Modenisasi%20ke%20atas%20Hubungan%20Kaum%20di%20Malaysia.pdf |
Summary: | Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mes ti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti melibatkan semua etnik. Apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi? Menurut Shamsul Amri, modenisasi diterjemahkan sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, dan ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Malahan modenisasi di Malaysia sangat berkaitan dengan pembentukan suatu bangsa Malaysia yang
mengandungi pelbagai etnik dan kaum. Dalam hal ini, projek modenisasi di Malaysia sebenarnya mengandungi
dua komponen utama iaitu komponen ekonomi dan komponen politik. Kesemua komponen ini adalah bermatlamat untuk perpaduan kaum serta mewujudkan 'kesatubangsaan' (nationhood) melalui integrasi nasional. Maka slogan seperti 'satu bahasa ', 'satu budaya ', 'satu bangsa' dan 'satu negara' sering dilaungkan sebagai motivasi yang mendasari segala usaha ke arah integrasi nasional. |
---|