Zakat Pada Kacamata Siswa-Siswi Universiti Malaysia Pahang dari Aspek Kepengetahuan

Kekurangan kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang zakat mungkin menjadikan ibadah ini seakan-akan dikesampingkan cuma. Sebagai satu cerminan dan prediksi terhadap masyarakat di negara ini pada masa hadapan khususnya yang beragama Islam, satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepenget...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasmadi, Hassan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2015
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11838/
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11838/1/Zakat%20Pada%20Kacamata%20Siswa-Siswi%20Universiti.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/11838/7/pbmsk-2015-hasmadi-Zakat%20Pada%20Kacamata%20Siswa-Siswi%20Universiti.pdf
Description
Summary:Kekurangan kefahaman dan pengetahuan masyarakat tentang zakat mungkin menjadikan ibadah ini seakan-akan dikesampingkan cuma. Sebagai satu cerminan dan prediksi terhadap masyarakat di negara ini pada masa hadapan khususnya yang beragama Islam, satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap kepengetahuan zakat dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP). Seramai 202 orang pelajar UMP Kampus Pekan diambil sebagai respondan kajian. Mereka terdiri daripada pelajar yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam. Data dipungut menerusi borang soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan pelajar UMP terhadap ibadah zakat secara kesuluruhanny adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Jurusan pengajian dan latar belakang pendidikan responden yang berasakan teknologi dan kejuruteraan tidak sewajarnya dijadikan penyebab atas kelemahan ini. Ini kerana majoriti mahasiswa di sini adalah terdiri daripada penganut agama Islam. Usaha dan langkah proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak samada pihak autoriti di peringkat universiti, negeri dan kebangsaan serta badan-badan bukan kerajaan agar kekurangan kefahaman dan kepengetahuan tentang zakat dalam kalangan pelajar UMP khususnya yang beragama Islam dapat diatasi. Mahasiswa hari ini yang mencerminkan masyarakat Islam Malaysia pada masa akan datang perlu diberi penekanan dalam hal ini kerana meraka adalah generasi pemimpin masa hadapan.