Kebitaraan Pengajian Melayu di Jabatan Kesenian Melayu: integrasi disiplin ilmu teknologi perkomputeran

Jabatan Kesenian Melayu digabungkan bersama Jabatan Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu (APM). Bagi Program Ijazah Dasar, Jabatan Kesenian Melayu menawarkan lebih daripada 40 kursus, merangkumi pelbagai disiplin ilmu berkaitan kesenian, antaranya asas seni, pengurusan seni, seni visual, seni per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Yuhanis Mohd Nasir, Norazlin Hamidon
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9969/
http://journalarticle.ukm.my/9969/
http://journalarticle.ukm.my/9969/1/16198-45421-1-SM.pdf
Description
Summary:Jabatan Kesenian Melayu digabungkan bersama Jabatan Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu (APM). Bagi Program Ijazah Dasar, Jabatan Kesenian Melayu menawarkan lebih daripada 40 kursus, merangkumi pelbagai disiplin ilmu berkaitan kesenian, antaranya asas seni, pengurusan seni, seni visual, seni persembahan, seni muzik dan pengajaran seni. Kesedaran terhadap peri pentingnya untuk terus memartabatkan pengetahuan kesenian Melayu yang bersifat tradisional dan pada masa sama menerima perubahan zaman, pihak Jabatan Kesenian Melayu dengan sokongan daripada pengurusan APM sentiasa mengemas kini kandungan kursus serta mengambil pendekatan untuk menyesuaikan kursus-kursus yang ditawarkan agar relevan dengan pasaran kontemporari demi memastikan graduan Pengajian Melayu (Kesenian Melayu) mempunyai daya pasaran yang baik usai pengajian. Melihat kepada keadaan semasa secara global yang amat mementingkan teknologi komputer, Jabatan Kesenian Melayu turut menawarkan beberapa kursus yang berkaitan dengan ilmu perkomputeran. Kursus Animasi Kesenian Melayu dan kursus Dokumentasi Digital Kesenian Melayu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas pembikinan animasi dan video. Kertas kerja ini membincangkan kepentingan penawaran kursus tersebut yang mengintegrasikan ilmu teknologi perkomputeran, secara lebih khusus merujuk kepada teknologi multimedia kepada para pelajar jurusan Pengajian Melayu di Jabatan Kesenian Melayu dengan meneliti buku panduan serta pro-forma kursus dan kupasan terhadap isu berkaitan.