‘Azra’Jakarta karya Naguib al-Kilani: satu bacaan berdasarkan Gagasan Sastera Profetik

Makalah ini meneliti novel ‘Azra’ Jakarta (Gadis Jakarta) karya pengarang terkenal kelahiran Mesir iaitu Naguib al-Kilani. Bertitik tolak daripada statusnya sebagai seorang ‘sasterawan Islam bertaraf antarabangsa’, malah dianggap sebagai pelopor ‘sastera Islam’ di rantau Arab, justeru makalah ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Yazid Abdul Majid, Pabiyah Hajimaming @ Toklubok, Mohd Zulkifli Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9959/
http://journalarticle.ukm.my/9959/
http://journalarticle.ukm.my/9959/1/14138-38847-1-SM.pdf
Description
Summary:Makalah ini meneliti novel ‘Azra’ Jakarta (Gadis Jakarta) karya pengarang terkenal kelahiran Mesir iaitu Naguib al-Kilani. Bertitik tolak daripada statusnya sebagai seorang ‘sasterawan Islam bertaraf antarabangsa’, malah dianggap sebagai pelopor ‘sastera Islam’ di rantau Arab, justeru makalah ini melihat adanya kewajaran melakukan penelitian terhadap novelnya yang memiliki kredibiliti untuk menjadi ‘model’ dalam menghasilkan sesebuah karya sastera Islam waima di rantau Arab mahupun di Nusantara. Novel tersebut mengangkat latar ibu kota Jakarta tatkala umat Islam di Republik Indonesia menghadapi kezaliman dan penindasan GESTAPU/G30S ekoran percubaan rampasan kuasa oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) pada 30 September 1965. Bagi meneliti sebuah novel yang dihasilkan oleh seorang pengarang yang sangat sinonim dengan gagasan sastera Islamnya, justeru sebuah gagasan ‘sastera Islam’ yang dikemukakan oleh Kuntowijoyo dari Indonesia dijadikan sebagai kerangka analisis. Gagasan tersebut iaitu Gagasan Sastera Profetik yang bertitik tolak daripada ayat 110 surah Ali ‘Imran menggariskan tiga etika, iaitu amar ma‘ruf (humanisasi), nahy mungkar (liberasi), dan keimanan kepada Allah (transendensi) sebagai tunjangnya. Sekiranya ketiga-tiga etika Profetik ditemui terkandung dalam sesebuah karya, maka karya tersebut dianggap kaffah yang membawa maksud menyeluruh atau memiliki keutuhan. Dapatan analisis kajian menyerlahkan novel ini sebagai sebuah karya seni yang mencapai tahap kaffah dan memiliki ciri-ciri sebuah karya sastera Profetik.