Akhlak pemimpin dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain: satu analisis pendekatan adab
Kajian ini membincangkan mengenai akhlak pemimpin dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain. Pemimpin yang difokuskan dalam kajian ini adalah Iskandar Zulkarnain yang merupakan seorang penakluk yang hebat. Nama Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran dan sejarah Islam adalah sama dengan Alexander...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9957/ http://journalarticle.ukm.my/9957/ http://journalarticle.ukm.my/9957/1/14136-38841-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai akhlak pemimpin dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain.
Pemimpin yang difokuskan dalam kajian ini adalah Iskandar Zulkarnain yang merupakan
seorang penakluk yang hebat. Nama Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam al-Quran dan
sejarah Islam adalah sama dengan Alexander the Great di Barat. Perbezaan nama itu timbul
kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah
sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat.
Perbincangan ini melihat keperibadian akhlak yang dimiliki oleh Raja Iskandar Zulkarnain bagi
melahirkan insan yang dikenali sebagai insan adabi. Data kajian ini adalah teks Hikayat
Iskandar Zulkarnain yang diselenggarakan Khalid M. Hussain (2013). Kajian ini
mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad
Naquib Al-Attas (2001). Syed Muhammad Naquib Al-Attas menggariskan bahawa antara
prinsip adab yang harus ada dalam diri seseorang bagi melahirkan seorang insan adabi ialah
amal ihsan. Amal ihsan ialah perbuatan yang saling berhubung dengan prinsip ilmu,
kebijaksanaan dan keadilan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Apabila prinsip tersebut
diamalkan, akan terlahirlah insan yang memiliki akhlak yang mulia serta budi pekerti yang baik
seperti yang digambarkan melalui watak Raja Iskandar Zulkarnain. Hal ini menunjukkan
bahawa adab, akhlak dan budi saling berkaitan dalam membentuk insan adabi. Selain itu,
Hikayat Iskandar Zulkarnain turut menjadi panduan kepada khalayak dalam menjalin hubungan
dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) yang
menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia sebagai khalifah Allah serta sebagai
hamba-Nya. Berdasarkan kepada pendekatan adab, Raja Iskandar Zulkarnain memenuhi kriteria
seorang pemimpin yang berakhlak tinggi. Akhlak yang dimiliki Raja Iskandar Zulkarnain
melayakkan beliau digelar sebagai insan adabi kerana menepati prinsip-prinsip pendekatan adab
yang digariskan. |
---|