Analisis berasaskan korpus dalam menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal setia

Kekreatifan penutur memanipulasi penggunaan leksikal telah menyebabkan semakin banyak makna baru timbul dan makna-makna ini ada yang berpotensi untuk dirakamkan dalam kamus. Keadaan ini menyebabkan suatu penstrukturan makna bagi sesuatu leksikal perlu dijalankan untuk menyusun semula kedudukan makna...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hishamudin Isam, Norsimah Mat Awal
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/995/
http://journalarticle.ukm.my/995/
http://journalarticle.ukm.my/995/1/pp143_158.pdf
Description
Summary:Kekreatifan penutur memanipulasi penggunaan leksikal telah menyebabkan semakin banyak makna baru timbul dan makna-makna ini ada yang berpotensi untuk dirakamkan dalam kamus. Keadaan ini menyebabkan suatu penstrukturan makna bagi sesuatu leksikal perlu dijalankan untuk menyusun semula kedudukan makna sedia ada dan makna-makna baru tersebut. Proses penstrukturan semula boleh dimulakan dengan meneliti kedudukan makna teras bagi sesuatu leksikal, sama ada wajar dikekalkan, patut diganti kedudukannya dengan makna pinggiran atau makna baru yang berpotensi untuk dirakam, atau juga digugurkan kerana makna tersebut tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Kajian ini akan cuba menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal berkaitan nilai iaitu setia. Tatacara analisis kajian ini dijalankan ialah dengan meneliti setiap ayat yang menggunakan leksikal setia. Makna leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat. Setiap makna yang diramalkan terhasil akan dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang mendasari makna leksikal tersebut. Hasil dari pengelompokan ini, akan diketahui jumlah makna yang paling kerap digunakan dalam data, dan juga dapat dikenal pasti makna apa yang diramalkan lebih berkesan atau lebih berupaya untuk menjelaskan makna-makna yang lain. Hasil kajian mendapati, makna teras leksikal setia masih kekal dalam bentuk metaforikal iaitu teguh hati. Dari data korpus yang dijadikan sandaran, didapati makna teguh hati sebagai makna teras setia bukan sahaja dapat menunjukkan kepelbagaian bentuk penggunaan, malah terdapat bukti yang dapat menjelaskan perkaitan motivasi struktur konseptual dalam menetapkan makna teguh hati sebagai makna teras leksikal setia.