Maqasid syariah dalam pembinaan fatwa berkaitan amalan rentas agama dan rentas budaya di Malaysia

Amalan rentas agama dan rentas budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat sama ada ianya menepati ajaran Islam atau tidak. Justeru, institusi fatwa baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri, yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Zulkifli Wan Hassan, Nabilah Abdullah, Jamsari Alias, Azizi Umar, Nazri Muslim
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9949/
http://journalarticle.ukm.my/9949/
http://journalarticle.ukm.my/9949/1/238-898-2-PB%20%281%29.pdf
Description
Summary:Amalan rentas agama dan rentas budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat sama ada ianya menepati ajaran Islam atau tidak. Justeru, institusi fatwa baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri, yang berautoriti dalam mengeluarkan hukum berkenaan isu ini harus memberi pencerahan supaya keharmonian masyarakat dan kesucian akidah terus terbela. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi mengawal agama dan akidah masyarakat perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan penguatkuasaannya tercapai kerana fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa pastinya bertujuan baik, bermatlamat mulia dan keperluannya selari dengan kehendak syarak yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah. Ianya sekaligus mampu memenuhi matlamat dan hikmah dalam memutuskan sesuatu hukum atau lebih dikenali sebagai “maqasid syariah”. Artikel ini ditulis untuk melihat sejauh mana keperluan maqasid syariah diambil perhatian dan diberi pertimbangan wajar dalam penentuan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri dalam isu yang berkaitan amalan rentas agama dan budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia dari tahun 2010 hingga 2015. Hasilnya, kertas ini mendapati bahawa kesemua fatwa yang telah diputuskan mengambil kira pengaplikasiaan maqasid syariah demi untuk menjaga dan mengukuhkan lagi tonggak agama, keturunan dan harta benda masyarakat Islam kita.