Tahap kemahiran generik pelajar Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran: kajian kes pelajar Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9903/ http://journalarticle.ukm.my/9903/ http://journalarticle.ukm.my/9903/1/12xx.geografia-si-mac16-mohdhasril-edam.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik pelajar di Institut Kemahiran Mara, Johor
Baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berdasarkan lima elemen kemahiran generik iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kemahiran etika dan profesional. Responden kajian terdiri dari 300 orang pelajar dalam pelbagai jurusan
kejuruteraan di IKM, Johor Baharu. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages
for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Analisis inferens
menggunakan ujian-t adalah untuk melihat perbezaan kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi
kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.08, kemahiran komunikasi ialah 4.06, kemahiran kepimpinan ialah 4.05,
kemahiran menyelesaikan masalah ialah 4.05 dan kemahiran etika dan profesional ialah 4.03. Manakala ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran generik terhadap jantina pelajar. Kajian
ini penting kepada pihak Institut Kemahiran Mara dalam mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik perlu
ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar. |
---|