Tahap penguasaan teori dan amali dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga: kajian persepsi di universiti awam Malaysia
Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap penguasaan teori dan amali pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di sebuah universit...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social SSchool of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9897/ http://journalarticle.ukm.my/9897/ http://journalarticle.ukm.my/9897/1/8x.geografia-si-mac16-tee-edam_%281%29.pdf |
Summary: | Penguasaan teori dan amali adalah penting dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional untuk melahirkan
modal insan yang berkemahiran dan berketerampilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi tahap
penguasaan teori dan amali pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di sebuah universiti awam bagi kursus
jahitan. Seramai 100 orang pelajar program Sarjana Muda ERT terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk
tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data daripada responden kemudiannya dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 18.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = .771. Dapatan kajian menunjukkan persepsi
tahap penguasaan teori pelajar adalah pada tahap sederhana (min = 0.65) dan amali juga adalah sederhana (min =
3.50). Keputusan analisis ujian ANOVA mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap
penguasaan teori dan amali pelajar ERT dalam kursus jahitan bagi semester pengajian. Walau bagaimanapun,
analisis ujian Eta pula menunjukkan bahawa terdapat tiga item teori dan empat item amali yang mempunyai
hubungan signifikan rendah dengan semester pengajian. Analisis Pearson r pula menunjukkan tiada hubungan yang
signifikan antara penguasaan teori dengan penguasaan amali dalam kalangan pelajar ERT. |
---|