Membangun modal insan Orang Asli: kajian peranan dan penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli di Kuantan, Pahang
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang di...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9890/ http://journalarticle.ukm.my/9890/ http://journalarticle.ukm.my/9890/1/1x.geografia-si-mac16-norwaliza-edam_%282%29.pdf |
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau peranan ibu bapa murid Orang Asli dalam menentukan matlamat
pendidikan anak-anak lalu meningkatkan pencapaian akademik. Dalam kajian kes ini, data diperolehi daripada dua
orang ibu dan dua orang bapa murid Orang Asli sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan ialah protokol
temu bual dan senarai semak pemerhatian sebagai alat mengumpul data. Temu bual secara mendalam dan
pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan data kritikal daripada ibu bapa. Data temubual telah dianalisis dan
dikategori mengikut tema-tema yang muncul. Triangulasi telah dijalankan terhadap data temubual dan pemerhatian
untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa ibu
bapa Orang Asli mempunyai aspirasi dan matlamat untuk anak-anak mereka. Mereka juga mengatakan bahawa
mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan di sekolah serta telah mengambil tindakan bagi memastikan anakanak
berjaya dalam pendidikan. Ini menunjukkan ibu bapa yang mempunyai matlamat pendidikan yang jelas untuk
anak-anak adalah penting bagi meningkatkan pencapaian akademik serta mengurangkan kadar ketidakhadiran anakanak
ke sekolah dan seterusnya dapat mengurangkan keciciran. |
---|