Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: kajian kes program desa lestari di Malaysia
Model pembangunan neo-endogenous telah menjadi tumpuan ramai pengkaji sebagai satu pendekatan baru kepada pembangunan luar bandar yang lestari (PDL) abad ke-21. Transformasi pembangunan luar bandar di Malaysia yang dilaksanakan melalui polisi seperti GTP, ETP dan RTP mempunyai ciri-ciri model pemb...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9803/ http://journalarticle.ukm.my/9803/ http://journalarticle.ukm.my/9803/1/8ok.geografia-jan16-mazuhari1-edam2.pdf |
Summary: | Model pembangunan neo-endogenous telah menjadi tumpuan ramai pengkaji sebagai satu pendekatan baru kepada
pembangunan luar bandar yang lestari (PDL) abad ke-21. Transformasi pembangunan luar bandar di Malaysia yang
dilaksanakan melalui polisi seperti GTP, ETP dan RTP mempunyai ciri-ciri model pembangunan neo-endogenous
luar bandar dan memberi cabaran besar kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PDL.
Nilai dan prinsip yang diamalkan oleh koperasi telah memberi kelebihan dalam menyokong model pembangunan
neo-endogenous khususnya untuk meningkatkan kapasiti tempatan bagi mewujudkan jaringan dalaman dan luaran.
Namun begitu, kurang penglibatan penduduk sebagai peserta koperasi, fokus pembangunan yang tertumpu kepada
projek penyediaan infrastruktur dan jaringan kerjasama dengan pihak luar yang terhad dalam pelaksanaan PDL
adalah antara beberapa persoalan mengenai sejauh manakah koperasi menyokong pembangunan neo-endogenous
luar bandar. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor sokongan koperasi dalam model pembangunan neo-endogenous
luar bandar di bawah PDL iaitu memenuhi keperluan setempat, penggunaan sumber tempatan dan alam semulajadi,
inovasi dan penggunaan teknologi moden, peningkatkan kapasiti individu dan institusi tempatan, dan pembentukan
rangkaian kerjasama dalaman dan luaran. Data primer diperolehi dari kajian lapangan yang melibatkan seramai 227
anggota koperasi di tiga buah kampung di bawah PDL. Hasil analisis faktor menemui tiga faktor sokongan koperasi
terhadap model pembangunan neo-endogenous PDL iaitu kapasiti dan jaringan kerjasama, inovasi dan penggunaan
sumber tempatan, dan pembentukan inisiatif lokal. Penemuan faktor ini diharapkan dapat memberi fokus baru
kepada pelaksanaan dan pemantauan PDL bagi memastikan kejayaannya. |
---|