Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an

Ulama tafsir telah bersepakat tentang metode untuk mentafsirkan al-Qur’an, namun Nasr Hamid Abu Zayd telah menganjurkan metode tafsir moden dengan mengaplikasikan hermeneutik kerana beliau berpendapat metode tersebut ialah metode terbaik untuk mentafsirkan al-Qur’an. Angggapan Abu Zayd adalah berdas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Zainatul Nadra Zainol, Latifah Abdul Majid, Muhd Najib Abd Kadir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9764/
http://journalarticle.ukm.my/9764/
http://journalarticle.ukm.my/9764/1/12123-37308-1-PB.pdf
Description
Summary:Ulama tafsir telah bersepakat tentang metode untuk mentafsirkan al-Qur’an, namun Nasr Hamid Abu Zayd telah menganjurkan metode tafsir moden dengan mengaplikasikan hermeneutik kerana beliau berpendapat metode tersebut ialah metode terbaik untuk mentafsirkan al-Qur’an. Angggapan Abu Zayd adalah berdasarkan al-Qur’an perlu ditafsirkan kepada konteks sejarah dan budaya semasa. Metode tafsir Abu Zayd telah menimbulkan polemik dalam dunia Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti metode tafsir Abu Zayd dan menganalisis implikasi metode tersebut terhadap isu-isu berkaitan dengan wanita. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan yang terdiri daripada karya Abu Zayd untuk mengeluarkan kaedah pentafsirannya. Hasil pentafsiran Abu Zayd dibandingkan dengan pendapat mufassir. Hasil kajian mendapati metode pentafsiran Abu Zayd bersifat relatif serta memberi polemik besar terhadap isu wanita.