Tinjauan literatur penterjemahan novel Melayu ke bahasa Arab

Menterjemah karya sastera ialah suatu tugas yang mencabar dan rumit. Ini kerana sesebuah genre sastera memberi penekanan kepada aspek keindahan bahasa yang banyak mengandungi unsur ketersiratan makna. Apatah lagi jika proses penterjemahan melibatkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorsyuhada Mohamed Salleh, Maheram Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9763/
http://journalarticle.ukm.my/9763/
http://journalarticle.ukm.my/9763/1/12120-37306-1-PB.pdf
Description
Summary:Menterjemah karya sastera ialah suatu tugas yang mencabar dan rumit. Ini kerana sesebuah genre sastera memberi penekanan kepada aspek keindahan bahasa yang banyak mengandungi unsur ketersiratan makna. Apatah lagi jika proses penterjemahan melibatkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. Di Malaysia, buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai bilangan yang sangat sedikit berdasarkan data yang diperoleh dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sejak tahun 1995 hingga 2012. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan kajian-kajian lalu serta mengenal pasti kelompangan yang belum dikaji oleh para sarjana untuk menghasilkan kajian baru. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu, Arab-Melayu, Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa asing amat sedikit. Kajian yang pernah dilakukan adalah penterjemahan bahasa Melayu-Perancis dan Melayu-Jerman. Kekurangan tersebut boleh dijadikan pernyataan masalah untuk kajian yang seterusnya.