Tema-tema feminisme dalam novel-novel Nawal El Saadawi
Nawal El Saadawi merupakan seorang tokoh wanita Mesir yang memperjuang dan menyuarakan hak-hak wanita Arab dan penderitaan mereka menerusi karya-karya sastera novel. Antara novel terkenal beliau ialah al-Wajh al-Ari li al-Mar’ah al-‘Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009)...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9759/ http://journalarticle.ukm.my/9759/ http://journalarticle.ukm.my/9759/1/12115-37298-1-PB.pdf |
Summary: | Nawal El Saadawi merupakan seorang tokoh wanita Mesir yang memperjuang dan menyuarakan hak-hak wanita Arab dan penderitaan mereka menerusi karya-karya sastera novel. Antara novel terkenal beliau ialah al-Wajh al-Ari li al-Mar’ah al-‘Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009). Artikel ini membincangkan isu-isu feminisme yang diperjuangkan oleh Nawal El Saadawi dan mengamati tema-tema feminisme dalam tiga buah karya beliau. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap novel al-Wajh al-Ari li al-Mar’ah al-Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009) dan kritik sastera. Hasil kajian mendapati bahawa Nawal El Saadawi sebagai seorang novelis dan feminis berjaya mengangkat isu-isu feminisme dalam novel-novelnya dari aspek pendidikan, pekerjaan domestik dan institusi kekeluargaan yang melibatkan perkahwinan dan poligami. Novel-novel penulisan beliau menjadi medium utama bagi beliau untuk meluahkan kritikan dan komentar terhadap praktis budaya Arab sejak zaman mudanya hingga kini . |
---|