Model nilai cipta-sama dalam sistem pengukuran prestasi
Proses peningkatan kualiti di setiap jabatan kerajaan akan dapat berjalan lancar dan berterusan dengan sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah penting yang menyokong keberkesanan program, membantu dalam penghasilan keputusan dan meningkatka...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9616/ http://journalarticle.ukm.my/9616/ http://journalarticle.ukm.my/9616/1/12189-33210-1-SM.pdf |
Summary: | Proses peningkatan kualiti di setiap jabatan kerajaan akan dapat berjalan lancar dan
berterusan dengan sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Pengukuran
prestasi merupakan satu kaedah penting yang menyokong keberkesanan program, membantu
dalam penghasilan keputusan dan meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi. Terdapat
pelbagai faktor diambil kira dalam sistem pengukuran prestasi (SPP) sedia ada. Walau
bagaimana pun, faktor sedia ada hanya bersifat kontekstual yang sesuai untuk keperluan
persekitaran atau organisasi tertentu sahaja. Keadaan ini menyebabkan pembangun SPP
tidak mempunyai satu model rujukan umum yang boleh dijadikan panduan untuk
membangunkan SPP. Justeru satu model generik yang memenuhi keperluan ini perlu
dibangunkan. Dengan menggunakan kaedah penyegitigaan berlelar yang bersandar kepada
kajian kes yang diperoleh dari kajian kesusasteraan, faktor yang dikenalpasti kemudiannya
dikelaskan berdasar kepada model nilai cipta-sama DART (Dialog, Akses, Risiko dan Telus).
Model DART dipilih kerana ia merupakan satu model yang telah terbukti berkesan dalam
menerap konsep nilai cipta sama yang merupakan satu konsep penting dalam pembangunan
sistem. Model nilai cipta sama bagi SPP yang dihasilkan ini berjaya mengumpul faktor
penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan SPP. |
---|