Kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga: peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara
Objektif kajian ini ialah untuk menyiasat peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara bagi kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Walaupun banyak kajian lepas mengemukakan kaitan signifikan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dan konflik kerja-keluarga, n...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9603/ http://journalarticle.ukm.my/9603/ http://journalarticle.ukm.my/9603/1/12174-33176-1-SM.pdf |
Summary: | Objektif kajian ini ialah untuk menyiasat peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai
pengantara bagi kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga.
Walaupun banyak kajian lepas mengemukakan kaitan signifikan antara kualiti hubungan
penyelia-pekerja dan konflik kerja-keluarga, namun penjelasan terhadap hubungan tersebut
masih kurang dari sudut bukti empirikal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang
kajian dengan mengkaji peranan sokongan penyelia sebagai pengantara antara kualiti
hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Kajian dilakukan ke atas sampel
yang terdiri daripada 535 jururawat di 6 buah hospital awam di Selangor. Pengujian
hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Hasil kajian
menunjukkan: (1) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai kaitan negatif secara
langsung dengan konflik kerja-keluarga; (2) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai
kaitan positif dengan tanggapan sokongan penyelia; (3) tanggapan sokongan penyelia
mempunyai kaitan negatif dengan konflik kerja-keluarga dan; (4) tanggapan sokongan
penyelia mengantara hubungan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik
kerja-keluarga. Hasil kajian ini membuktikan peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai
pengantara bagi hubungan kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga.
Seterusnya, kajian ini turut mengetengahkan pentingnya organisasi mengambil berat perihal
hubungan penyelia-pekerja kerana dengan adanya hubungan baik antara penyelia-pekerja di
tempat kerja, tanggapan sokongan sosial akan dapat ditingkatkan dan seterusnya konflik
kerja-keluarga dapat dikurangkan |
---|