Pelancongan pendidikan di Pulau Pinang: suatu analisis awal
Pelancongan pendidikan merupakan pelancongan alternatif yang semakin popular di Pulau Pinang. Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan positif sektor ini berikutan terdapatnya lebih tiga puluh buah institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini. Pelancongan pendidikan ditakrifkan sebag...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9558/ http://journalarticle.ukm.my/9558/ http://journalarticle.ukm.my/9558/1/8.geografia-si-nov15-ruzanna-edam.pdf |
Summary: | Pelancongan pendidikan merupakan pelancongan alternatif yang semakin popular di Pulau Pinang. Ini menjadi titik
tolak kepada perkembangan positif sektor ini berikutan terdapatnya lebih tiga puluh buah institut pengajian tinggi
awam dan swasta di negeri ini. Pelancongan pendidikan ditakrifkan sebagai kegiatan yang dilakukan oleh pelancong
yang bercuti dalam tempoh semalaman dan mereka yang melakukan perjalanan untuk tujuan pendidikan atau
pembelajaran sebagai tujuan primer atau sekunder mereka. Terdapat dua perspektif utama dalam pelancongan
pendidikan iaitu education first dan tourism first yang ditunjukkan dalam model asas pelancongan pendidikan.
Dengan adanya institut pengajian tinggi yang bertaraf dunia di Pulau Pinang, industri pelancongan turut berkembang
dengan limpahan para pelajar dari luar negara yang menjadikan negeri ini sebagai pelopor industri pelancongan
menerusi sektor pendidikan. Contohnya seperti Universiti Sains Malaysia dan Allianze College of Medical Sciences.
Selain beberapa kolej seperti Kolej Olympia, KDU College, Institut Teknologi Silicon dan Kolej Disted-Stamford.
Dari perspektif geografi, lokasi peletakan institusi pengajian tinggi di negeri ini ditunjukkan. Kewujudan pelbagai
institut pengajian tinggi di Pulau Pinang telah menarik ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai tahap pengajian dan bidang yang ditawarkan. Para pelajar turut berkesempatan untuk melancong
sekitar Pulau Pinang. Malahan, pelancongan pendidikan menjadi salah satu cara untuk mempromosikan Pulau
Pinang khususnya dan Malaysia amnya di mata dunia. |
---|