Program pembangunan pengurusan dan impaknya terhadap pemindahan latihan: kes tentera darat Malaysia

Menurut kajian literatur yang terkini tentang pengurusan latihan organisasi, program pembangunan kepimpinan mempunyai tiga dimensi utama: kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan. Kajian yang mendalam dalam bidang ini mengketengahkan bahawa keupayaan pengurusan untuk merancang d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Azmi Mohd Zainol, Azman Ismail, Ahmad Azan Ridzuan, Nursaadatun Nisak Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9530/
http://journalarticle.ukm.my/9530/
http://journalarticle.ukm.my/9530/1/2x.geografia-si-sept15-Noor_Azmi-edam.pdf
Description
Summary:Menurut kajian literatur yang terkini tentang pengurusan latihan organisasi, program pembangunan kepimpinan mempunyai tiga dimensi utama: kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan. Kajian yang mendalam dalam bidang ini mengketengahkan bahawa keupayaan pengurusan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan secara teratur dapat meningkatkan pemindahan latihan dalam organisasi. Sungguhpun sifat perhubungan ini adalah penting, namun peranan program pembangunan kepimpinan sebagai pemboleh ubah peramal masih kurang dibincangkan secara terperinci dalam model pembangunan organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur hubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul 161 borang soal selidik daripada pemimpin pertengahan tentera darat di sebuah pusat latihan ketenteraan di Malaysia. Dapatan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan kandungan kursus, peranan jurulatih, dan sokongan pengurusan kesemuanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemindahan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan merupakan pemboleh ubah peramal yang berkesan kepada pemindahan latihan di pusat latihan ketenteraan berkenaan.