Penentu keterlibatan pekerja dalam latihan: kes sektor pendidikan swasta di Malaysia

Latihan semasa kerja adalah penting bagi melahirkan pekerja yang memiliki kemahiran yang bersesuaian demi meningkatkan lagi produktiviti serta daya saing mereka dalam organisasi. Kerajaan Malaysia telah menekankan kepentingan pelaburan modal manusia terutamanya latihan dengan memperuntukkan jumlah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rahmah Ismail, Rosnita Hamzah, Liew, Chei Siang
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9529/
http://journalarticle.ukm.my/9529/
http://journalarticle.ukm.my/9529/1/1x.geografia-sept15-si-rahamah-edam.pdf
Description
Summary:Latihan semasa kerja adalah penting bagi melahirkan pekerja yang memiliki kemahiran yang bersesuaian demi meningkatkan lagi produktiviti serta daya saing mereka dalam organisasi. Kerajaan Malaysia telah menekankan kepentingan pelaburan modal manusia terutamanya latihan dengan memperuntukkan jumlah perbelanjaan negara yang besar bagi tujuan tersebut. Ini adalah kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya untuk membangunkan modal insan negara. Objektif artikel ini adalah untuk mengkaji struktur program latihan yang telah dihadiri pekerja sektor pendidikan swasta di Malaysia dan menganalisis faktor penentu keterlibatan mereka dalam latihan. Analisis menggunakan sampel 567 pekerja peringkat eksekutif dan ke atas yang telah dikutip melalui kerja lapangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa program latihan yang banyak diikuti pekerja adalah latihan teknikal dan pengurusan, tempoh latihan kebanyakannya kurang dari 3 bulan dan latihan lebih berbentuk tidak formal yang dijalankan dalam organisasi. Analisis faktor penentu keterlibatan pekerja dalam latihan menunjukkan pekerja yang berstatus tetap dan kontrak mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terlibat dalam program latihan dibandingkan dengan pekerja yang berstatus sementara, manakala pekerja yang memegang jawatan pentadbiran didapati mempunyai peluang yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tidak memegang jawatan pentadbiran. Peningkatan dalam bilangan tahun bersekolah pula akan meningkatkan keterlibatan pekerja dalam program latihan. Berdasarkan kepada dapatan ini adalah dicadangkan supaya keterlibatan pekerja dalam latihan perlu diperluaskan di kesemua peringkat pekerjaan agar mereka menjadi pekerja yang lebih produktif dan berdaya saing.