Pemodelan hubungan antara kualiti perkhidmatan, kesan alam sekitar, sikap dan keinginan untuk menggunakan Park-and-Ride

Pemodelan persamaan struktur (SEM) merupakan satu teknik permodelan statistik lelurus dalam parameter yang sangat fl eksibel dan boleh menguruskan sebilangan besar pemboleh ubah eksogen, endogen dan termasuk pemboleh ubah yang tidak diukur. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam an...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Nazri Borhan, Norliza Mohd Akhir, Amiruddin Ismail, Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9509/
http://journalarticle.ukm.my/9509/
http://journalarticle.ukm.my/9509/1/9.pdf
Description
Summary:Pemodelan persamaan struktur (SEM) merupakan satu teknik permodelan statistik lelurus dalam parameter yang sangat fl eksibel dan boleh menguruskan sebilangan besar pemboleh ubah eksogen, endogen dan termasuk pemboleh ubah yang tidak diukur. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam analisis pemodelan ini adalah penganggaran kebolehjadian maksimum (ML). Dalam kajian ini, model penggunaan park-and-ride (P&R) dibangunkan untuk menganggar kesan langsung, kesan tidak langsung dan kesan keseluruhan terhadap fenomena yang dikaji. Berdasarkan kerangka konseptual kajian yang dicadangkan, model struktur penuh telah dicadangkan dan diuji, dan ramalan yang penting telah dikenal pasti berdasarkan kesignifi kan secara statistik bagi semua pekali lintasan dalam model. Kajian ini menunjukkan bahawa hampir semua hubungan kausal adalah signifi kan secara statistik. Implikasi setiap peramal turut dibincangkan di dalam kajian ini.