Tanggapan dan faktor penentu pemilihan makanan halal dalam kalangan ibu bapa Muslim
Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan makanan halal diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang mematuhi Syariah. Kajian ini dijalankan bag...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9483/ http://journalarticle.ukm.my/9483/ http://journalarticle.ukm.my/9483/1/jqma-11-1-paper9.pdf |
Summary: | Pemilihan makanan halal merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam kehidupan
setiap pengguna Muslim. Justeru, kefahaman yang baik terhadap aspek-aspek pemilihan
makanan halal diperlukan bagi memastikan umat Islam mengambil produk makanan yang
mematuhi Syariah. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan faktor penentu
pengguna Muslim dalam pemilihan makanan halal. Responden dipilih dalam kalangan ibu bapa
Muslim kerana kumpulan ini adalah kelompok terbesar dan berpengaruh dalam menentukan
pemilihan makanan halal harian. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang telah
dibangunkan berdasarkan Teori Tindakan Beralasan (TTB) yang melibatkan empat konstruk
utama, iaitu kefahaman, persepsi, penentu pemilihan dan pemilihan makanan halal. Terdapat
empat subkonstruk yang dipertimbangkan menerusi konstruk penentu pemilihan makanan halal,
iaitu logo halal, pemilikan, bahan-bahan dan jenama. Hasil kajian menunjukkan tiga subkonstruk
mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemilihan makanan. Faktor pemilikan tidak
memberi sumbangan yang signifikan terhadap pemilihan makanan halal. Secara keseluruhan,
sumbangan variasi peramal ke atas model TTB adalah sederhana, iaitu hanya 37.3% variasi
dalam konstruk pemilihan makanan halal. |
---|