Pengujian model hubungan antara kecerdasan emosi, trait personaliti dan tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja
Kajian ini bertujuan untuk menguji model dalam konteks individu bagi melihat hubungan dan pengaruh antara kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja. Empat set soal selidik telah digunakan iaitu soal selidik kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah lak...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9466/ http://journalarticle.ukm.my/9466/ http://journalarticle.ukm.my/9466/1/7044-30662-1-PB.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menguji model dalam konteks individu bagi melihat hubungan dan pengaruh antara
kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan terhadap prestasi kerja. Empat set soal selidik telah
digunakan iaitu soal selidik kecerdasan emosi, trait personaliti, tingkah laku kepimpinan dan prestasi kerja dijalankan
ke atas 306 pemimpin pendidik di 15 buah SBT di Malaysia. Model ini diuji dengan menggunakan analisis structural
equation model. Hasil kajian model fit menunjukkan nilai indeks kesesuaian TLI (Tucker-Lewis Index), NFI (Normed Fit
Index), RFI (Relative Fit Index), IFI (Incremental Fit Index) dan CFI (Comparative Fit Index) adalah melebihi daripada
.90. Walau bagaimanapun, hasil kajian berdasarkan petunjuk RMSEA (Root Mean Square Error of Approximation)
menunjukkan nilai RMSEA adalah signifikan, iaitu 0.91(RMSEA <.06), [X2 (N=306, df = 59) = 209.186, p<.05]. Ini
bermaksud model kajian yang dicadangkan adalah kurang sepadan dengan data kajian. Namun, keputusan ini adalah
tidak selaras dengan keputusan petunjuk kesesuaian Baseline Comparisons. Oleh itu, nilai petunjuk modifikasi (M.I)
digunakan untuk memperbaiki model tersebut. Selepas modifikasi dijalankan, dapatan kajian menunjukkan kesesuaian
model dengan data kajian. Model akhir membolehkan penambahbaikan dalam penilaian konstruk psikologi dalam
persekitaran sekolah yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi kerja. |
---|