Lagu Melayu asli: unsur sinkretisme dalam Instrumentasi persembahan
Lagu Melayu asli melambangkan identiti persembahan muzik Melayu. Namun instrumen tradisi Melayu yang digabung dengan instrumen dari luar secara langsung membawa perubahan kepada lagu Melayu asli. Penggunaan instrumen tradisi antaranya seperti gong dan rebana dan gabungan gitar tong, akodian, biol...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9462/ http://journalarticle.ukm.my/9462/ http://journalarticle.ukm.my/9462/1/11451-31081-2-PB.pdf |
Summary: | Lagu Melayu asli melambangkan identiti persembahan muzik Melayu. Namun instrumen tradisi
Melayu yang digabung dengan instrumen dari luar secara langsung membawa perubahan kepada
lagu Melayu asli. Penggunaan instrumen tradisi antaranya seperti gong dan rebana dan
gabungan gitar tong, akodian, biola, dikatakan mempunyai kaitan langsung dengan unsur
sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli. Kajian ini menumpukan sejauh mana
pengaruh dan unsur sinkretisme dalam penggunaan instrumentasi mengubah keaslian
persembahan lagu Melayu asli. Metodologi kajian ini menumpukan kepada data sekunder yang
merangkumi bahan-bahan perpustakaan dan analisis data primer melalui rakaman lagu daripada
penerbitan sebuah Album Lagu Melayu Asli: Penerbitan Inovasi Karya Seni dan Kelestarian
Warisan (2014) oleh Pusat Kebudayaan, USIM. Selain itu, kaedah kualitatif seperti kajian
lapangan bagi mengumpul maklumat tambahan bersama informan utama seperti R. Ismail,
Aspalela Abdullah, Raftah Bachik, S. Atan dan Pak Ngah turut dijalankan. Hasil dapatan
penulisan ini mendapati unsur muzik sinkretik memang wujud dan melingkari ruang
persembahan dan penggunaan instrumentasi dalam lagu Melayu asli terutamanya pengaruh
Barat, India dan Arab. Implikasi kajian ini berupaya membantu generasi baru khususnya
pencipta lagu yang mahu mengenali lebih dekat berkaitan penggunaan instrumentasi dan ciri-ciri
yang membentuk unsur sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli di Malaysia selain
dapat menjadi rujukan dalam bidang seni tradisi pada masa hadapan. |
---|