Penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi whatsapp
Bagi masyarakat Kelantan, dialek adalah elemen utama dalam proses membina perasaan kenegerian dan seterusnya mengekalkan keahlian diri sebagai orang Kelantan. Namun begitu, situasi perbualan dalam bentuk lisan tentunya mempunyai kelainan daripada perbualan secara tulisan. Kajian ini meneliti peng...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9461/ http://journalarticle.ukm.my/9461/ http://journalarticle.ukm.my/9461/1/11450-31079-1-SM.pdf |
Summary: | Bagi masyarakat Kelantan, dialek adalah elemen utama dalam proses membina perasaan
kenegerian dan seterusnya mengekalkan keahlian diri sebagai orang Kelantan. Namun begitu,
situasi perbualan dalam bentuk lisan tentunya mempunyai kelainan daripada perbualan secara
tulisan. Kajian ini meneliti penggunaan kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan dalam
WhatsApp Messenger. Aplikasi WhatsApp yang digunakan dalam telefon pintar dipilih sebagai
sumber data memandangkan medium ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat kini.
Sebanyak 1,060 chat yang diperoleh melalui ‘chat history’ yang dihantar melalui e-mel untuk
dicetak dijadikan sebagai data kajian. Untuk membincangkan data tersebut, model Grid
Speaking (Hymes 1974) digunakan. Dapatan kajian bahawa kata ganti nama diri dalam dialek
Kelantan adalah unik dan bervariasi. Kata ganti nama diri yang digunakan juga mempunyai
kedudukan yang tidak tetap sebagai kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Daripada
segi penggunaan, kata ganti nama diri pertama lebih banyak digunakan berbanding kata ganti
nama diri yang lain. Kata ganti diri ‘ambo’ merupakan yang paling kerap digunakan selain
daripada kito, kawe, kite, ambe, dan kambo. Di samping itu, ejaan bagi satu-satu kata ganti diri
juga tidak tetap selain daripada maksudnya yang juga berubah, contohnya ore, ogre, oram, orng,
kotram, kokram dan kore. Penemuan ini diharap dapat membantu penyelidik bagi memahami
variasi kata ganti nama diri dialek Kelantan yang digunakan secara meluas dalam aplikasi
WhatsApp yang tentunya berbeza penggunaannya secara lisan yang lebih terhad iaitu ambo, aku,
kawe, kito, demo, kami, mu, awok, dio, demo tu dan sdaro. |
---|