Akta Warisan Kebangsaan 2005 Akta 645): penilaian dari aspek perundangan dan penguatkuasa
Kajian ini membincangkan mengenai impak undang-undang terhadap warisan di Malaysia. Warisan yang dimiliki perlu diberikan perlindungan sewajarnya supaya dapat dinikmati generasi seterusnya. Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) untuk memberi perlindungan yang wajar dan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9456/ http://journalarticle.ukm.my/9456/ http://journalarticle.ukm.my/9456/1/11445-31069-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini membincangkan mengenai impak undang-undang terhadap warisan di Malaysia.
Warisan yang dimiliki perlu diberikan perlindungan sewajarnya supaya dapat dinikmati generasi
seterusnya. Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) untuk
memberi perlindungan yang wajar dan komprehensif kepada warisan negara. Objektif kajian ini
ialah mengenal pasti keberkesanan Akta Warisan Kebangsaan dalam memberi perlindungan
terhadap warisan negara. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif iaitu pemerhatian
dan kajian perpustakaan dalam usaha mengumpul bahan-bahan kajian. Keperluan suatu bentuk
perlindungan dari segi undang-undang diinterpretasikan melalui Akta Warisan Kebangsaan.
Penemuan kajian ini mendapati penggubalan Akta Warisan Kebangsaan berkemampuan
memberi perlindungan melalui peruntukan undang-undang yang termaktub di dalamnya. Justeru
itu, kajian ini dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam usaha memberi perlindungan
kepada warisan negara. |
---|