Tahap daya saing pelajar institusi pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia

Pada era dunia globalisasi masa kini, ekonomi Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk kekal maju dan mapan setanding dengan ekonomi negara-negara membangun yang lain. Keperluan daya saing dalam diri individu amat ditekankan oleh kerajaan terutama kepada generasi muda yang bakal mewarisi ekonomi neg...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norasmah Othman, Khairul Khairiyah Khasbullah, Hariyaty Ab Wahid
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9439/
http://journalarticle.ukm.my/9439/
http://journalarticle.ukm.my/9439/1/Chap6new.pdf
Description
Summary:Pada era dunia globalisasi masa kini, ekonomi Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk kekal maju dan mapan setanding dengan ekonomi negara-negara membangun yang lain. Keperluan daya saing dalam diri individu amat ditekankan oleh kerajaan terutama kepada generasi muda yang bakal mewarisi ekonomi negara kelak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur sejauh mana tahap daya saing pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Seramai 1910 pelajar sarjana muda dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 16 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Semenanjung Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan nilai skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap daya saing pelajar IPT secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana tinggi dengan nilai purata skor min sebanyak 3.54. Dapatan menunjukkan bahawa secara amnya antara sembilan konstruk daya saing, konstruk matlamat mencatatkan skor min tertinggi dengan nilai min 3.95 dan konstruk yang mempunyai skor min terendah ialah konstruk agresif dengan nilai min 3.27. Sementara tujuh konstruk yang lain mencatatkan nilai min di antara 3.29 hingga 3.79. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar IPT di Semenanjung Malaysia secara amnya masih tidak memiliki daya saing yang mantap sepertimana yang disarankan oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara serta belum bersedia untuk berdepan dengan cabaran arus globalisasi secara kompetitif.