Reformasi pendidikan al-Hadi dan al-Faruqi
Kemajuan sesebuah tamadun bergantung kepada penguasaannya dalam bidang pendidikan. Kemajuan tamadun Islam pada zaman ‘Abbasi terbukti dengan penguasaan mereka dalam bidang ilmu dan pendidikan. Setelah kejatuhan tamadun Islam sehingga berakhirnya zaman penjajahan, umat Islam mengalami kemunduran da...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9378/ http://journalarticle.ukm.my/9378/ http://journalarticle.ukm.my/9378/1/11480-31166-1-SM.pdf |
Summary: | Kemajuan sesebuah tamadun bergantung kepada penguasaannya dalam bidang pendidikan. Kemajuan tamadun Islam
pada zaman ‘Abbasi terbukti dengan penguasaan mereka dalam bidang ilmu dan pendidikan. Setelah kejatuhan tamadun
Islam sehingga berakhirnya zaman penjajahan, umat Islam mengalami kemunduran dan ketinggalan dalam segenap
bidang termasuk pendidikan. Namun begitu, terdapat usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam
yang lebih dikenali sebagai gerakan reformasi. Gerakan ini bermula sejak era penjajahan British ke atas Mesir sehingga
tamat zaman kolonialisme dan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Akan tetapi, usaha dan reformasi yang
dilaungkan masih lagi jauh dari menjadi kenyataan. Kajian ini meneliti perbandingan reformasi khusus dalam bidang
pendidikan dengan membandingkan usaha reformasi pada zaman kolonialisme dan juga zaman pasca kolonialisme.
Pengkaji memilih al-Hadi sebagai tokoh era kolonialisme dan al-Faruqi sebagai tokoh era pasca-kolonialisme
memandangkan kedua-dua tokoh ini mempunyai idea dalam reformasi pendidikan dan juga merealisasikannya melalui
penubuhan institusi pendidikan. Kajian ini membandingkan reformasi pendidikan al-Hadi dan al-Faruqi dalam empat
aspek, iaitu kelemahan pendidikan Islam, penerimaan pendidikan Barat, integrasi pendidikan dan juga penubuhan
institusi pendidikan. Pendekatan yang digunakan ialah kajian kualitatif menerusi metode analisis kandungan. Hasil
kajian menunjukkan sejak dari zaman penjajahan sehingga ke hari ini, masih terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam sistem pendidikan Islam. Justeru, reformasi pendidikan al-Faruqi bukan sahaja dapat memperbaiki kelemahan
reformasi pendidikan al-Hadi, malah melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam reformasi tersebut. |
---|