Aplikasi prinsip wa‘d dua hala dan cadangan penerokaannya dalam lindung nilai

Prinsip wa‘d dua hala atau wa‘dan diperoleh secara langsung daripada pengertian wa‘d sehala yang merujuk kepada dua wa‘d berasingan yang dibuat oleh dua pihak. Prinsip ini dilihat mempunyai ruang untuk diteroka kerana tiada larangan penggunaannya dalam mana-mana kontrak muamalat Islam seperti lind...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Azlin Alisa Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9375/
http://journalarticle.ukm.my/9375/
http://journalarticle.ukm.my/9375/1/11477-31160-1-SM.pdf
Description
Summary:Prinsip wa‘d dua hala atau wa‘dan diperoleh secara langsung daripada pengertian wa‘d sehala yang merujuk kepada dua wa‘d berasingan yang dibuat oleh dua pihak. Prinsip ini dilihat mempunyai ruang untuk diteroka kerana tiada larangan penggunaannya dalam mana-mana kontrak muamalat Islam seperti lindung nilai. Persoalannya, apakah bentuk cadangan penerokaan prinsip wa‘d dua hala dalam lindung nilai? Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerokaan prinsip wa‘d dua hala dalam lindung nilai dan menilai kesesuaiannya pemakaiannya berdasarkan parameter lindung nilai. Kajian ini menerapkan pendekatan kaedah kualitatif menerusi penggunaan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati prinsip wa‘d dua hala ini mempunyai ruang untuk diteroka kerana ia tidak menyamai muwa‘adah yang dilarang penggunaannya oleh majoriti fuqaha’ kerana menyamai akad. Kajian ini mengemukakan cadangan pemakaian wa‘d dua hala dalam lindung nilai, iaitu satu pihak memberi wa‘d untuk melakukan sarf dan satu pihak memberi wa‘d untuk melakukan kontrak komoditi murabahah. Cadangan struktur pemakaian wa‘d dua hala ini tidak menyamai muwa‘adah dari tiga aspek utama, iaitu dua janji yang berasingan, trigger event yang berbeza serta kesan yang berbeza. Justeru, ia berpotensi diguna pakai dalam kontrak lindung nilai Islam selagi ia memenuhi parameter lindung nilai yang ditetapkan dari aspek penstrukturan, pelaksanaan dan penggunaan.