Penelitian akustik terhadap aspek sebutan Bahasa Melayu oleh penutur Iban

Artikel ini bertujuan memerihalkan fenomena kesalahan yang berlaku dalam sebutan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua penutur Iban. Data yang diperoleh menerusi Ujian Pengujaran oleh 20 orang pelajar Iban dianalisis menggunakan analisis spektrograf bagi menyerlahkan pola akustik bunyi bahasa sasaran....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shahidi A. Hamid, Shirley Langgau
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9316/
http://journalarticle.ukm.my/9316/
http://journalarticle.ukm.my/9316/1/104-115_Akustik.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan memerihalkan fenomena kesalahan yang berlaku dalam sebutan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua penutur Iban. Data yang diperoleh menerusi Ujian Pengujaran oleh 20 orang pelajar Iban dianalisis menggunakan analisis spektrograf bagi menyerlahkan pola akustik bunyi bahasa sasaran. Analisis Masa Mula Suara (Voice Onset Time) ke atas bunyi bahasa sasaran iaitu plosif /p, t, k, b, d, g/ di posisi awal kata bahasa Melayu menunjukkan gangguan bahasa pertama bukanlah merupakan faktor utama kesalahan dalam sebutan bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Iban menghasilkan satu kesalahan sistem sebutan yang tidak menyerupai bahasa pertama (bahasa Iban) mahupun bahasa kedua (bahasa Melayu) dan kesalahan ini bersifat sistematik. Tegasnya, gangguan bahasa pertama bukanlah faktor utama berlakunya masalah dalam pembelajaran bahasa kedua. Kajian ini memberikan implikasi yang signifikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di Malaysia. Tegasnya, dalam usaha memantapkan penguasaan sebutan bahasa Melayu, analisis kesalahan dalam sebutan tidak seharusnya hanya berpaksikan kepada faktor gangguan bahasa pertama sahaja.