Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia: analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi

Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujuda...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yusni Anis Yusuf, Mohd Yahya Mohd Hussin, Norimah Rambeli@Ramli
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9211/
http://journalarticle.ukm.my/9211/
http://journalarticle.ukm.my/9211/1/6xx.geografia-april15-yusnianis-edam.pdf
Description
Summary:Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, tetapi pemboleh ubah Indeks Pengeluar Industri, Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Wang merupakan penyebab Granger jangka pendek kepada pemboleh ubah I-REIT. Oleh itu, didapati prestasi I-REIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia.